KUALA LUMPUR: Seramai 24 daripada 71 calon wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagi Pakatan Harapan (PH), 15 daripada 26 calon wanitanya menang kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh kemenangan di lapan kerusi, daripada 19 calon wanita yang dipertaruhkan.
Membuat penampilan pertama, calon PH di kerusi DUN Sungai Puyu di Pulau Pinang, Phee Syn Tze merupakan antara yang menyerlah selepas menang dengan majoriti 21,330, setelah memperoleh 23,838 undi menewaskan calon PN Andrew Teow yang mendapat 2,508 undi.
Seorang lagi calon yang membuat penampilan pertama Nurul Syazwani Noh, 35, mewakili PN, menang di DUN Permatang, Selangor dengan majoriti 1,728 undi.
Anak bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar itu, meraih 12,850 undi menewaskan Mohd Yahya Mat Sahri (PH) yang memperolehi 11,122 undi.
Barisan Nasional (BN) pula mempertaruhkan 12 calon wanita, namun hanya menang di kerusi DUN Juasseh, Negeri Sembilan menerusi Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dengan majoriti tipis 78 majoriti menewaskan Datuk Eddin Syazlee Shith (PN).
Dalam pada itu, 10 calon wanita diketengahkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), dua calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) serta masing-masing seorang calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Bebas, gagal meraih sebarang kerusi DUN. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Penampilan pertama calon PN, Nurul Syazwani Noh yang juga anak kepada Tan Sri Noh Omar dalam PRN DUN Permatang, Selangor berpihak kepadanya yang memperoleh majoriti 1,728 undi menewaskan Mohd Yahya Mat Sahri dari PH.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Tumpuan Sabtu – 18 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).